Klik untuk info lanjut.. Dah klik bagi tahu tuan blog yer.. :)

Monday, May 9, 2011

Laman Web KPTM kena Hack ??

Assalamualaikum.. :D

First nak bagi tahu yang aku dah start cuti sem. WOHOO!!
dan aku kat MELAKA!!

Okay. Takde yang kisah.. HUHU!

Berbalik pada tajuk entri aku,, tengah aku sibuk tak tidur ber-blogwalking tadi, terfikir lak aku pasal duit elaun MARA yg aku belum dapat untuk bulan ni..

Iyelaah, untunglaa siapa yang dah dapat.. Mentang mentang dapat duit bank in.. Aku punya lambat.. Cheque an.. HUHU!

So, aku nak terjah la laman web rasmi KPTM mana tahu ada notis senarai nama penerima cheque (mcm sebelum ni) ...

Sekali laman web nya kena hacked daa!


Siapa punya keje la ni.. WTFish cake betul. HUHU!
MAYBE diorang buat keje nih time lepas office hour..
Kejap lagi setel la masalah ni.. HEE!
GO KPTM!


p/s : nasib baik ada yang sudi teman aku time aku tak boleh tidur tadi.. HEHE! tengs!

Suka entri ni? Klik butang LIKE di bawah.. :D

Friday, April 29, 2011

Faizal Tahir Terlibat Dalam Pembunuhan? (MV)

Betul ke Faizal Tahir terlibat dalam pembunuhan?
Kecoh dibuat nya..



Mesti banyak persoalan persoalan yang menghantui fikiran para peminat FT kan?
Pada mula nya aku camtu gak. HAHA!
.
.

Kini terjawab lah sudah..
Rupa rupa nya cuma watak FT dalam muzik video terbaru nya yang bertajuk "KARMA"..






Muzik video yang baru dipertonton kan kepada peminat pada Jumaat, 29 April pukul 8.30 malam di GUA.com.my ..

Amacam? Best kan?


Suka entri ni? Klik butang like di bawah..

Sunday, April 17, 2011

Selamat Hari Tua !

Assalamualaikum..

Berhabuk dah.. hari ni baru nak post balik. huhu.
Nasib la tenet kat mamak ni laju. HAHA!


17 APRIL,
besday aku dol! haha.
selamat hari jadi la untuk diri aku ni.. semoga panjang umur dan murah rezeki..
haha. wish untuk diri sendiri. cam hape plak..


Memandangkan aku dah lama tak on9 ni, hari ni tetiba lak rasa nak on9. Usha plak akaun ChurpChurp aku..
nah..


Sekali menaik mendadak woo duet nya. HAHA. ChurpChurp bagi surprise hari jadi kot. haha tak sabar lak rasa nya nak cash out duet tu.. hehe.. Mana tak nya pertama kali nak cash out dari ChurpChurp. HEE!

Pada korang yang berminat dan nak join ChurpChurp, klik SINI.. FREE jeee. :D

Pastu bleh share kat member member korang kat fesbuk, twitter, blog dan sebagai nyaa. haha.


Suka entri ni? klik butang like bawah ni..

Monday, March 14, 2011

Untung laa dapat jumpa Lisa Surihani..

Untung la kan.. siapa tak rasa untung bila dapat jumpa artis kesayangan.. HEHE!
Ni aku nak cerita, semalam aku pergi satu event 'Walk For Children' kat Dataran Merdeka. Kira nya berjalan sambil beramal la..

1 Malaysia "Goes Green"

Ada lah beberapa artis yang join dan memeriah kan lagi event tuh.. Di antara nya Lisa Surihani lah..  HOHO! Aku dapat jumpa LISA weh! XD

Lisa Surihani kuh. :P
Bangga tak bangga la kan. haha! Mana tak nye, sebelum ni tengok kat tv je.. Kali ni tengok real dok. Lisa nih orang nye kecik je sebenar nya.. comel. hee!

Event nih anjuran International School of Kuala Lumpur.. Jadi yang datang pon ramai dari pelajar pelajar sekolah tuh..


Ha! tu je nak cecite.. Seronok 3 hari 3 malam tak habis nih. HAHA!

Nak iPhone4? KLIK SINI..

.

Saturday, February 19, 2011

Hantu Kak Limah Buat Kecoh di Fesbuk?

Assalamualaikum..

Pernah tengok cecita Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR)?

Filem berunsur seram komedi.
Haa, ni nak habaq mai.. Sejak kebelakangan ni korang perasan tak hantu Kak Limah buat kecoh kat fesbuk? kan kan? haha. Maksud aku, fenomena hantu Kak Limah ni laa. Sejak muncul nya filem seram komedi HKLBR ni, ramai orang kecoh pasal cecita seram lawak tertonggeng nih. HAHA! Lebih lebih lagi aku perasan kat fesbuk la.. Masing masing update status la,, yang balas komen pulak siap ada selit dialog dialog kelakar dalam cecite nih. hahahaha. Banyak lagi lah sebenar nya.. Memang lawak habis..

Jom usha print screen yang aku amik kat fesbuk..

pelawok pelawok..


cecita cecita.. HAHA!

share video Youtube hantu Kak Limah.

aplikasi fesbuk hantu Kak Limah pun ada.
Sesiapa yang tak kenal Kak Limah,, ni la dia. hehe..

enjit enjit semutt..
Fenomena Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Mana tak nya, dalam masa dua hari filem nih dapat kutipan sebanyak RM1.2 juta. banyakk tuuu.. so pada yang belum tengok, pegi la tengok cecita ni. download je. HEHE!

Peace!

Wednesday, February 2, 2011

Ai Leb Mai Femili..

Assalamualaikum..

Saya Sayang Keluarga Saya..
Dah macam tajuk karangan masa sekolah rendah pulak rasa. HEHE!
Malam tadi rasa happy je dapat gathering sesama satu family even family aku takde la besar mana, lima orang je..

Mana tak nye, sebulan lebih aku tak balik Melaka jumpa diaorang.. Siapa tak rindu woh. Yang ada kucing kat rumah, dapat jumpa kucing. yang ada gf, dapat jumpa gf.. Untung lah kan ada orang nak. HUHU!

Macam biasa bila semua ahli keluarga dah ada kat rumah, masing masing dah balik,, ayah mesti bawak kitorang keluar makan punya.. Aku follow je la. Yela, makan siapa tak nak. betul? HAHA!

Masa time waktu kat kedai makan, kitorang masing masing bertukar tukar cerita. yang adik aku cerita pasal PLKN dia, kakak aku pulak pasal life dia kat kolej.. Bila dengar cerita adik aku pasal PLKN dia,, rasa ada best jugak aku dapat masuk sana, tapi bila dia cerita pasal kena kawad memanjang tak sempat tido la bagai,, eh bersyukur aku tak terpilih masuk PLKN nih.. HAHAHAHA!

Hari nih jugak aku dapat kazen baru. Mak Itam aku baru bersalin anak perempuan petang tadi.. Seronok la jugak kan.. Bila aku tengok muka baby tu macam muka aku lak. comel kiut je.. NGEHEHE! ok perasan.. :P

Dah lah. Tu je yang aku nak merepek. Sayangi keluarga anda sebelum terlambat. HEE~

Peace!

Tuesday, February 1, 2011

Assignment lagi. Homework lagi..

Hei..

Entri kali nih pon tak nak bebel mengarut panjang panjang.. Kekeringan idea sebenarnya.. HAHA!
Cuti dah masuk hari yang ke empat. Tapi assignment, homework berlambak yang lecturer kesayangan bagi bila nak buat? HUHU~ 

So, marilah rakan rakan semua kita siapkan apa yang patut kita siapkan.. *cehh (ayat tak bleh blah) :p
Kepada adik adik yang masih sekolah jugak yea..  ngehehe.

Nak focus on assignment homework bagai untuk beberapa jam yang pertama nih.. haha..

* Apa kena mengena gambar atas dengan entri? eh, ikut suka aku lah nak letak gambar awek aku ke,, blog aku.. hahha!

Peace!

Sunday, January 30, 2011

Bloglist Iqbalhakimi | jom terbang!!


Assalamualaikum..

Tengah blogwalking pepagi buta ni,, terserempak pulak dengan blog brader nih. Iqbal Hakimi namanya.
Memandangkan aku baru je follow and join beliau, so tak boleh la nak komen lelebih pasal blog encik Iqbal nih. HEHE!
Apa apa pon blog beliau nampak ringkas, sedap mata memandang dan yang penting simple.. :D
Lagi satu, blog header beliau semart! Bila aku nak buat header untuk blog sendiri pun tak tawu. haha!

Nak join? usha usha la blog beliau..
Syarat syarat nak join pon dah terselit kat sini.. Bloglist IqbalHakimi ..

*kategori : Pelajar (lelaki)

Peace!

Saturday, January 29, 2011

Cuti cuti lagi

Woit..
Pagi Ahad..
Lama betul tak meng-update blog nih.. HUHU!

Cuti mid-sem pun dah bermula..
Cuti tak lama pun, seminggu. ok lah. lagi pun dah sebulan lebih aku tak balik Melaka nih.. Rindu pulak.
Cuti.. cuti.. apa nak buat?

Red alert? COD? Guitar Hero? Assignment??
Ouh. sh*t. masa cuti lah nak enjoy.  kan?
masa cuti lah nak hang ngan member. nak karok la bagai. hakhak. sore tak sedap pun.
Lepas enjoy, sibuk ngan assignment balik. OK la kan. hee.
Buat kerja last minit. tu la aku. huh!

Tak nak tulis banyak. SELAMAT BERCUTI..

Pasal post LEPAS,, nah baca SINI.. fikir sendiri lah yea.. HEHE!
So, jangan percaya sangat dengan berita yang belum pasti.

Peace.

Sunday, January 9, 2011

Fesbuk akan Ditutup pada 15hb Mac?


Assalamualaikum,,

Memandangkan berita/khabar angin atau apa apa je lah ni dah tersebar luas sejak Sabtu lalu,, para blogger pun dah mula menge-post entri pasal benda alah ni…
Jadi aku pun nak gak lah kongsi berita ni kat korang sama ada yang dah tahu atau belum.. Yang dah tahu tu, buat buat tak tahu je la ye.. HEHE~

Adakah berita ini benar? Jom kita usha Weekly World News..

Dah habis baca?

Daripada apa yang Mark Zuckerberg sampaikan, dia akan tutup laman sosial yang femes lagi top ni pada 15hb Mac..

Dan ada betul nya juga apa yang dicakapkan Mark ni; kalau online fesbuk dari 15 minit boleh jadi dua jam. Ada juga yang leka sampai tinggal kelas, assignment, sekolah dan banyak lagi.. Senarai kan sendiri. Korang tahu kan? HAHA~ Mungkin ada juga yang sanggup tak mandi 2-3 hari sebab nak berchatting, balas balas komen, tambah kenalan, stalking awek chumel.. kan kan? Apa senyum tuh?



Mark jugak siap bagi amaran; “So if you ever want to see your pictures again, I recommend you take them off the internet. You won’t be able to get them back once Facebook goes out of business.

Jadi, pandai pandai la korang amik balik semua gambar gambar chumel, hot, cool, bajet semboy korang sebelum tarikh keramat tu.. Bagi yang nak amik balik lah. Yang tak nak, ada aku kesah? Aku just nak bagitahu je..



Kalau korang perasan Mark ada jugak cakap, ayat dia macam ni; “I don’t care about the money, I just want my old life back.”  Memang aku sokong cakap dia nih..
Mark sendiri dah bersedia,, korang dah bersedia nak tutup akaun facebook?  Kalau belum pun Mark tetap nak tutup jugak. HAHA!

Peace!

Saturday, January 8, 2011

Sampah Punya Orang..

Woi eh Hai!
Entri kali ni agak luar biasa sket.. Tengok tajuk pun laen macam dah,. an? HAHA!
Aku nak kongsi sket pasal kejadian malam tadi..

Malam tadi betul betul buat aku tak puas hati kat certain makhluk tu yang dipanggil manusia..

Tengah aku beristirehat menenangkan fikiran yang agak berserabut dengan perut yang berkeroncong,, datang pulak dua orang brader ni ketuk pintu rumah.. "TOKK TOKK" (macam tu lah bunyi nya)..
Eddie (housemate) buka pintu.. Aku dengar lah diorang berdiskusi pasal sampah yang ada kat depan pagar besi rumah kitorang..

Perbualan diorang lebih kurang macam ni la :

Brader 1 : "Eh, ni sampah bila korang nak buang ni..?" tanpa beri salam dan dengan lagak macho la konon.
Eddie      : "Bang, ni sume bukan sampah kitorang ni.. Yang sikit ni je.. Yang banyak ni sampah rumah sebelah ni bang.." penuh sopan dan hormat.
Brader 2 : "Hmm.."
Brader 1 : "Dah, tak kira,, kau panggil member member kau kasi setel sume nih.."
Eddie      : "Hmm.."
Brader 2 : "Hmm.."

Berulang kali jugak lah brader tu suroh kemas dan kasi setel sume sampah tu..
Aku terus bangun konon nya nak pergi la angkut sampah sampah tu,, kat pintu je tengok brader brader tu dah blah turun tangga sambil mencarut jadah bagai.. "!@#$%^&* fu*imak!, aku naek balik nak tengok dah clear!" (tu je la yang aku sempat dengar)..

Ish ish ish (sambil geleng kepala).. Kalau ye pun datang ketuk pintu nak tegur suruh buang sampah sekali pun,, bagi lah salam dulu, tegur baik baik.. ni tak, datang ketuk pintu terus serang dengan suara tinggi.. maki hamun carut jadah bagai.. mana kitorang nak respek/hormat kau kalau kau tak hormat kitorang? taik.

Brader brader tu satu hal.. Yang ni lagi satu hal..

Lepas penat ketuk pintu jiran jiran tanya siapa tuan punya sampah,, dan semua tak nak ngaku,,
Dapat lak idea tulis note nak tampal kat dinding..


Fikir punya fikir, nanti brader tu naek lagi bising bising,, baek kitorang angkat je la buang sampah sampah tu (baek kan kitorang.. hihi).. pahala pun dapat, bukan apa malas je nak bertekak ngan orang TUA. Tak pasal pasal masuk metro 'Pelajar terajang K.O brader bajet macho' kan susah.. HAHA!

Kepada ahli rumah rumah sebelah yang baek lagi prihatin,, hari ni hari korang. Esok lusa,, HAH! haha~

Moral : Jangan jadi sampah, buang lah sampah sebelum anda di'sampah' kan..

Ok chiow!
peace!

Saturday, January 1, 2011

Hoi 2011!

HOI.
01/01/11 wah. chantek la tarikh. mintak mintak tahun ni chantek chantek la jugak result untuk sem 2. HEHE
dah tutup.
Sama cam tahun tahun lepas,, aku sambut tahun baru 2011 ni kat rumah je.. HUHU sedih je ayat.
Tapi tahun ni at KL. Lagi bosan! ==' Bukan sebab pe, sebab takde geng nak hang sambut new year bersama. cehh!
Mana tak nya, housemate aku sume balik lepas daftar masuk sem 2 at kolej kesayangan kami hari rabu hari tuh.  hukhuk.
Tinggal la aku ngan Eddie jew kat rumah (kami kan tinggal jauh. haha)..
Malam 31/12 tuh punya la boring tahap GIGA (bak kata panda),, dah tak tawu nak buat apa.. Eddie plak bleh pegi tengok Amy Search buat mini konsert katanya kat Axis Atrium depan tuh..
Malas pulak kaki ni nak menapak pegi sana.. Lagi pon Amy Search bukan kenal aku pon. HAHA!
So, aku dok je terbongkang kat hall umah nih sambil fesbuk sampai kul doblas.
Dapat la jugak aku tengok bunga api dari sini jew. HAHA!


Harap tahun ni lebih baek dari tahun tahun sebelumnya. AMIN.
Fesbuk? Deactive kejap lah. Study study! dah plan awal dengan Panda nak deactive fesbuk. dia sudah, aku bila lagi? HAHA. lusa lusa. confirm!
Peace!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...